Trump isytihar negara urus niaga dengan Iran kena tarif 25 peratus

Donald Trump mengumumkan bahawa mana-mana negara yang berurus niaga dengan Iran akan berdepan kadar tarif 25 peratus ke atas perdagangan dengan AS.

Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dibuat ketika Washington sedang menimbang tindak balas terhadap situasi di Iran yang menyaksikan protes antikerajaan terbesar dalam tempoh beberapa tahun.

“Berkuat kuasa serta-merta, mana-mana negara yang menjalankan perniagaan dengan Republik Islam Iran akan dikenakan Tarif 25% ke atas sebarang dan semua urusan perniagaan yang dijalankan dengan Amerika Syarikat,” kata Trump menerusi hantaran di Truth Social hari ini.

Tarif dibayar oleh pengimport AS bagi barangan yang diimport dari negara-negara tersebut.

AS secara rasmi mula mengenakan sekatan terhadap Iran pada November 1979.

“Perintah ini adalah muktamad dan konklusif,” kata Trump tanpa memberikan butiran lanjut.

BACA JUGA Bersatu terima Mahiaddin letak jawatan Pengerusi PN