Bursa Malaysia capai rekod tinggi dalam tempoh enam tahun, cermin kekuatan ekonomi

Malaysia melakar pencapaian membanggakan apabila pasaran saham mencatat prestasi positif dengan Indeks FBM KLCI menembusi paras 1,700 mata, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh lebih enam tahun.

Menurut infografik disediakan ISLAH, pencapaian ini menandakan pemulihan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara selepas beberapa tahun ketidaktentuan.

Lonjakan tersebut didorong oleh aliran masuk semula pelabur asing, sentimen pasaran yang semakin positif serta kestabilan politik di bawah Kerajaan Perpaduan, dengan prestasi KLCI dilihat mencerminkan keyakinan baharu terhadap hala tuju dan prospek ekonomi Malaysia.

Sementara itu memetik Bernama, penganalisis menyifatkan penembusan paras psikologi 1,700 mata sebagai satu pencapaian penting, menandakan kembalinya penilaian pasaran ke tahap pra-pandemik serta mencerminkan kekuatan pemulihan ekonomi dan prospek ekonomi Malaysia yang semakin baik.

Berikut infografik disediakan ISLAH.