Krisis Perlis: Tun Faisal bertelagah dengan Shukri
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bertelagah dengan mantan Menteri Besar Perlis Shukri Ramli apabila beliau menafikan bahawa ADUN Bersatu telah menyerahkan akuan berkanun (SD) untuk menarik sokongan kepada Shukri.
“Laporan media pada 22 Disember 2025 yang berbunyi seperti berikut “sumber Perikatan Nasional (PN) memberitahu FMT bahawa mereka telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada DYMM Raja Perlis, Jumaat lalu, dengan menyatakan mereka tidak lagi menyokong Shukri” adalah TIDAK BENAR.
“Tiada peristiwa ADUN Bersatu menyerahkan Akuan Berkanun (SD) menarik sokongan terhadap bekas MB Perlis, Mohd Shukri Ramli kepada DYMM Raja Perlis.
“Penggantian bekas MB Perlis tidak berpunca daripada ADUN-ADUN Bersatu dan tidak ada kena mengena dengan Bersatu Negeri Perlis dan Bersatu Pusat.
Kenyataan media Bersatu berhubung isu ini yang dikemukakan oleh presiden Bersatu turut diterbitkan bersama.
Susulan itu, Shukri menuduh Tun Faisal sebagai ketua penerangan cap ayam.
“Tun Faisal ini ketua penerangan cap ayam, kutip maklumat ikut teradap jumpa saja,” katanya.
Tun Faisal menyeru Shukri menerima kebenaran dan melawan kebatilan.
“Ya, dah cari dan dah semak. Kat mana yang salah? Boleh tolong bagi tau,” tambah tokoh Bersatu itu lagi.
BACA JUGA: Hanya Adun Bersatu dalam Exco Perlis