Penulis blog mohon maaf kepada SKMM, tarik balik artikel fitnah

Seorang penulis dari Australia, Murray Hunter membuat permohonan maaf selepas didapati bersalah memuat naik artikel fitnah terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyataan media, dia mengaku bahawa komen dan artikelnya tentang SKMM adalah tidak tepat, mengelirukan dan telah menyebabkan salah faham.

“Oleh itu, saya memohon maaf dan kesal jika tindakan sedemikian menyebabkan sebarang kerosakan kepada SKMM dan/atau pihak berkaitan, dan dengan ini saya menarik balik sepenuhnya semua komen dan artikel tersebut secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, SKMM memenangi saman fitnah sivil terhadap penulis Murray Hunter selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan penulis itu bertanggungjawab atas artikel fitnahnya.

Antara April hingga November 2024, tertuduh telah menerbitkan beberapa artikel yang mengandungi kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap SKMM. 

Penerbitan tersebut membawa tuduhan serius dan tidak berasas yang mengelirukan orang awam serta menjejaskan reputasi SKMM.

BACA JUGA Isyarat politik di sebalik penolakan Muafakat Nasional oleh Zahid Hamidi