Takfiri, tebuk atap dan kuasa: Membongkar fikrah politik Hadi Awang
Oleh AHMAD SAYUTI BASHIRON
Benarlah bagai Pak Daeng (Dr Sanusi Daing Mariok mantan Naib Presiden Pas) sebut pada usrah kamiā¦
‘Ustaz Hadi’ ini (merujuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang) sejak balik Mesir, dia ajar, dia baca kitab, dia ceramah politik yang sedap ikut rasa dia saja.
Tapi hakikatnya dia hanya terlatih untuk cakap satu hala sahaja.
Dia hanya cakap apa yang dia nak cakap. Dia nak cakap apa pun dia akan cakap. Walau tajuk lain.
Dia tak pernah terlatih cakap dua hala. Dia tak terlatih dengar cakap orang.
Dia tak mahu, bahkan tak tahu pun untuk beri pandangan berbeda. Nak jawab soalan pun tak pandai, kata Pak Daeng.
Dia cepat marah kalau kena serang wartawan. Apatah lagi kalau soalan itu beza dengan faham politik dia. Cakap dia akan merapu dan nada ngamuk.
Uslub politik dia keras. Bawaan dia cara lama dunia Arab. Dia tak pernah dilatih berikan jawapan balas patahkan hujjah lawan macam Ustaz Fadzil Nor dulu.
Bagi dia jawapan politik mestilah hitam atau putih. Dosa atau pahala. Salah atau betul. Semuanya sifat hukuman semata-mata. Tak adalah dakwah itu dengan hikmah.
Budaya mengkafir
Zaman dia lah suburnya budaya kafir mengkafir era 1980-an. Amanat dia difatwakan sesat dan haram. Namun, dia terus bangga dengan amanat itu.
Indoktrinasi takfiri kekal wujud dalam silibus Pas sehingga kini. Siapa tinggalkan Pas, jatuh iman. Itu dianggap tinggalkan jamaah Islam sampai wajib cerai talak tiga bini sendiri kalau dia YB.
Celaka sungguh fikrah itu, bagi saya!
Itulah juga fikrah neo-khawarij ciptaan Abdul Rahman Muljam, Tok Guru, bahkan Maharugu Quran di zaman sahabat duluā¦
Sebab itu sejak dia balik Malaysia hujung 1970-an, dia tak ada kerja tapi dia sanggup terus sertai jadi Ustaz Kemas di Terengganu.
Fakta ini ramai tidak tahu, ikut Pak Daeng. Ustaz Hadi itu dulu level guru Kemas sebenarnya.
Kata Presiden ABIM pertama pula, Abim sayang dia. ABIM pujuk dia letak jawatan. Akhirnya, dia setuju letak jawatan dan dilantik pimpinan ABIM Terengganu.
Dia mula ada platform bercakap dan mengajar atas nama NGO. Banyak dipanggil atas platform ABIM itu.
Dan masa itu jugalah dia mula masuk politik dan terus jadi YB. Masa itu dia sudah dilambung tinggi sekali.
Tak semena, orang Terengganu pun panggil, tatang gelaran Tok Guru kat nama dia di usia sangat muda. Sebab suka ceramah hukum haram dia bagi ke Umno. Ceramah dia sedap.
Saya mula dengar ceramah dia tahun 1981 di Sekolah AlFalah, Parit Tok Ngah, Parit Buntar. Penuh bendang yang kering dengan orang Perak dan Kedah yang hadir dalam Ihtifal Sanawa, sekali setahun itu.
Kaset dia berlambak di rumah. Keluaran Gedung Gua dan Pustaka.
Kami orang Perak dan Kedah tak panggil dia tu Tok Guru pun. Tak mudah nak panggil Tok Guru pada orang muda. Bahkan, Ustaz Fadzil Nor sampai wafat pun, orang tak panggil Tok Guru pun.
Masa saya di kampus, saya sebut ‘Ustaz Hadi’ , teruk kena marah dengan kawan Pantai Timur masa itu.
Saya nak sebut, Haji Hadi tu sungguh ditatang sampai tahap doa tak berasa pun apa yang dia cakap adalah benda salah dan jahat.

Gelar pengkhianat
Balik pada isu semasaā¦
Dia bebas gelar rakan politik sebagai “pengkhianat”. Masa yang sama dia dok kawan dengan PN sebab dengan logo dan warna PN itulah dia dapat kaut manfaat politik.
Bahkan calon di Sabah pun menang atas nama PN, bukan Pas. Tapi sedikit pun dia tak pernah hormat PN tu.
Bagi dia, berkawan hanya untuk kaut laba politik semata-mata. Masa ada duit, berkawan, masa orang tu susah, lawan.
Benda sama dia dah buat pada Barisan Alternatif (BA). Dia jadi MB sebab Anwar dan kebangkitan rakyat.
Namun, dia rasa dia jadi MB sebab dia kuat dan penganut dia kuat. Dinafikan faktor Anwar itu.
Pak Daeng sebut, pernah sekali Ustaz Fadhil Nor bertanya pasal hukum kawan dan kerjasama dengan Cina DAP dalam satu mesyuarat.
Dia tak mampu jawab pun. Sebab dia tak pernah terlatih budaya fikir aras tinggi dan kritis dalam berbeda politik.
Ustaz Fadzil pusing belakang tanyakan hukum dia hanya diam, tunduk. Walhal dia Timbalan Presiden.
Bahkan dia lupa, hasil ijtihad reformasi itulah dia dapat peluang jadi MB Terengganu dan jadi kaya-raya hingga hari ini. Dia tak pernah termimpi pun semua itu.
Masa ziarah dia di Rusila beberapa tahun lepas – saya tanya dia. Apa yang dia marah sangat dengan Anwar Ibrahim (dan Saifuddin Nasution Ismail) sampai langsung tak mahu dan tak berani nak jumpa dan hujjah atau bincang dengan mereka demi nak selamatkan Pakatan Rakyat tahun 2014 tu, masa mereka berdua ziarah di Kuala Ibai itu?
Jawab Haji Hadi ringkas – dia orang datang jumpa ana, ana tengking dia.
Ana tak mahu bincang dengan dia (pasal PR). Sebab Anwar tu pengkhianat. 18 tahun dia khianat perjuangan Islam apabila dia masuk Umno 1982 dulu.
Itulah dia manusia bernama Haji Hadi itu. Keras dan tak hikmah langsung. Berhukum ikut kepala lututā¦
Saya celah – saya sebut kalau betul Anwar khianat Islam, sekurang-kurangnya dia dah pun kena kaffarahnya, dah masuk penjara dan terima seksaan yang teruk. Dan Tok Guru pun dah dapat habuan jadi MB dulu tuā¦
Habis ayat saya itu – apa lagi, saya ditengking kuat depan isteri dan anak dia yang ada sekali.
“⦠Ana tahu, enta tak tahu”, dalam hati saya itu saja hujah kamu boleh bagi? Setakat tengking dan humuliata saja mampu?
Macam itulah cari putuskan hujah. Itu dengan saya sebagai tetamu yang baik dan datang atas jemputan dari jauhā¦
Saya teringat dalam banyak ceramah dia sebut – belum pernah dalam sejarah, mana-mana peristiwa Rasulullah SAW batal atau mengkhianati perjanjian walau dengan kafir musyrik. Apabila berjanji, Rasulullah SAW pegang kuat 17 perjanjian yang termeterai pada zaman itu.
Tidak pernah satu pun dikhianati.
Sebab semua perjanjian hakikatnya menguntungkan Islam, hingga akhirnya musuh sendiri yang membatalkan, bukan Rasulullah.
Itu yang dia sebut.
Intipatinya ialah Islam tidak mengkhianati sebarang perjanjian.
Apa dia tidak sedari yang dia dah buat apa yang Rasulullah SAW tidak buat. Dialah bapa segala pengkhianatan atas nama agama pada zaman politik Malaysia hari ini.
Dia bangga berkata – dia boleh masuk (dapat kuasa kerajaan) ikut jalan bukan pilihan raya pun. Ada banyak jalan katanya.
Dan dia dah pun berjaya dapat kuasa 33 bulan dengan cara “tebuk atap” yang dia sebut dengan nafsu kepuasan dan senyum muka.
Bila dia dikhianati, dia mengamuk, merajuk. Meracau sejak tahun lepas.
Bila orang lain buat, apa dia tak kata?
Tuan Guru Nik Aziz sudah sebut, orang khianat ini kalau sekali khianat dia galak nak khianat lagi. Kalau tidak dapat khianati musuh, dia akan buat pada kawan sendiri.
Betul kanā¦
Ada ADUN Perlis yang sudah siap gosok baju Melayu hitam untuk angkat sumpah Exco, diberikan amaran kamu jangan terima jawatan itu. Yang sudah pegang Exco pun, kamu wajib letak jawatan.
Bagi saya watak ulamak politik jenis ini, tidak jauh beza dengan “ahli agama” yang Allah nyatakan dalam Al-Quran bagai anjing yang terjelir lidah bercakap dan berkata, berbohong apa sahaja, demi kepuasan politik, untuk dia terus dipuja dan ditaati sepenuh oleh penganutnya.
Meskipun kemungkaran yang diajar pada penganut ituā¦
ŁŁŁŁŁŁ Ų“ŁŲ¦ŁŁŁŲ§ ŁŁŲ±ŁŁŁŲ¹ŁŁŁŁŁ°ŁŁ ŲØŁŁŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁ°ŁŁŁŁŁŁŁŪ„Ł Ų£ŁŲ®ŁŁŁŲÆŁ Ų„ŁŁŁŁ Ł±ŁŁŲ£ŁŲ±ŁŲ¶Ł ŁŁŁ±ŲŖŁŁŲØŁŲ¹Ł ŁŁŁŁŁŁ°ŁŁ Ū ŁŁŁ ŁŲ«ŁŁŁŁŁŪ„ ŁŁŁ ŁŲ«ŁŁŁ Ł±ŁŁŁŁŁŁŲØŁ Ų„ŁŁ ŲŖŁŲŁŁ ŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲ«Ł Ų£ŁŁŁ ŲŖŁŲŖŁŲ±ŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲ« Ū Ų°ŁŁŁ°ŁŁŁŁ Ł ŁŲ«ŁŁŁ Ł±ŁŁŁŁŁŁŁ Ł Ł±ŁŁŁŲ°ŁŁŁŁ ŁŁŲ°ŁŁŲØŁŁŲ§Ū ŲØŁŁŁŁŲ§ŁŁŁŁ°ŲŖŁŁŁŲ§ Ū ŁŁŁ±ŁŁŲµŁŲµŁ Ł±ŁŁŁŁŲµŁŲµŁ ŁŁŲ¹ŁŁŁŁŁŁŁ Ł ŁŁŲŖŁŁŁŁŁŁŲ±ŁŁŁŁ ٔ٧٦
“ā¦maka bandingan seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia hulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia tetap juga hulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir” – Al’Araf : 176
Musnah negara dan ummah ini kalau manusia jenis ini di terjemahkan dalam kekuasaan.
Kalau ikut apa yang sahabat saya, Dr Marzuki Mohamad sebut ini, beberapa pimpinan Pas (termasuk Haji Hadi barangkali) yang pegang jawatan pimpinan utama PN, bukan sahaja jarang, tidak pernah pun hadir mesyuarat. Tapi di luar merekalah yang paling banyak mengaut laba politiknya atas nama Abah ituā¦
BACA JUGA Menantu Hadi mahu Tuan Ibrahim jadi Pengerusi PN, kalau bukan ulama tunggulah Jebon 2.0