Tentanglah masalah rakyat, Akmal

Timbalan Speaker Melaka Kerk Chee Yee berharap Datuk Dr Akmal Saleh yang telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco Melaka hari ini turut ‘menentang masalah yang lebih relevan kepada rakyat’.

Kami menghormati hasrat Dr Akmal yang mahu terus “menentang DAP”,” kata Chee dalam satu hantaran Facebook.

“Cuma kami harap beliau juga ada masa untuk menentang masalah yang lebih relevan kepada rakyat — seperti membanteras rasuah, menentang ekstremisme, atau meningkatkan ekonomi dan daya saing — bukan hanya DAP semata-mata,”

“DAP bukan masalah terbesar bagi rakyat Malaysia hari ini, mungkin hanya bagi Dr Akmal.

“Tapi kami faham — setiap orang ada hobi masing-masing,” tambah Chee yang juga ialah ADUN Ayer Keroh.

Akmal telah mengumumkan peletakan jawatannya untuk menentang DAP habis-habisan.

BACA JUGA: Sah, Akmal lepaskan jawatan exco Melaka