Tok Mat nasihat jangan ikut emosi, keluar kerajaan akan cetus huru hara
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan ahli perwakilan untuk tidak tunduk dengan emosi.
Beliau berkata, UMNO menolak tindakan keluar dari kerajaan yang boleh menyebabkan negara huru hara.
Beliau juga menasihatkan bahawa kemarahan perlulah bersulam strategi dan tanggungjawab.
“Malam ini saya mahu pesan, marah mesti bersulam strategi, berani mesti bersulam tanggungjawab. Jadi, ke mana hala tuju kita? Adakah kita akan keluar kerajaan esok dan biarkan negara huru-hara? Tidak.
“Itu jalan mereka yang tunduk kepada emosi, bukan kerja negarawan. Bak kata orang tua-tua, berfikir biar panjang, bertindak biar bijak,” katanya dalam Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2025 di Dewan Merdeka, semalam.
Tok Mat menambah, semua ahli perlu sedar bahawa penyertaan masuk atau keluar sesebuah kerjasama politik bukan jawapan untuk UMNO pulih.
Beliau menggesa ahli-ahli UMNO mendukung peranan parti dalam Kerajaan Perpaduan dengan pandangan yang membina, idea bernas dan teguran yang munasabah.
BACA JUGA Ini rupanya punca beberapa kawasan di Malaysia sejuk sampai kena pakai jaket tebal