Hannah Yeoh kembalikan Padang Merbok kepada rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh telah mengembalikan Padang Merbok kepada pemiliknya – masyarakat Kuala Lumpur.

Beliau telah mengumumkan penurunan pagar di Padang Merbok yang telah dilaksanakan pada 14 Januari.

“Hari ini kita nak umumkan semua pagar sekitar Padang Merbok telah diturunkan.

Pagar tersebut telah ditempatkan di sana pada Ogos 2022. Kerajaan Perikatan Nasional telah memasang pagar keliling Padang Merbok selepas himpunan peguam.

“Pada 14 Januari 2026 Datuk Bandar Kuala Lumpur telah arahkan agar semua pagar diturunkan. Kerajaan Madani komited membetulkan perkara yang tidak wajar.

“Langkah ini dimulakan dengan mengembalikan Padang Merbok kepada pemilik sebenar iaitu rakyat.”

Beliau turut mencadangkan agar kumpulan-kumpulan tertentu yang ingin memberikan memorandum kepada ahli parlimen berbuat demikian di Padang Merbok mulai sidang Parlimen akan datang.

Ini kerana pemberian memorandum sekarang berlaku di tepi jalan raya adalah berbahaya dengan aliran trafik berterusan dan menyusahkan pegawai – pegawai parlimen dan polis.

“Hari ini ruang awam dipulangkan. Lebih banyak padang akan diwujudkan.”

Yeoh turut mengumumkan usaha naik taraf Padang Merbok akan melibatkan skrin besar untuk penayangan filem lama.

Selain itu kolam takungan air di kawasan berhampiran sedang diusahakan.

Sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan untuk usaha ini.

BACA JUGA: SG4 menuju jalan mati, Pas dicabar bentang ‘report card’ prestasi 4 negeri