Peletakan jawatan Akmal tidak bermakna kata bekas ahli MT Umno

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan peletakan jawatan Datuk Dr Akmal Saleh dari jawatan Exco Melaka sebagai tidak bermakna.

“Tak ada makna apa-apa pun. Dia tak ada, ada orang lain boleh jadi exco.

“Kamu duk di luar sajalah.

Beliau turut mempersoal motif di sebalik tindakan Akmal dan hasil dari tindakan tersebut.

“Apa perubahannya? Nak menjerit? Bebas menjerit terhadap siapa?

“Saya tahu tu. Satu yang dia nak menjerit tu terhadap kepimpinan, dengan kerajaan

“Di samping nak menjerit terhadap DAP.

“Dapat apa? You don’t get anything.

Mantan ahli parlimen Pasir Salak itu juga mengingatkan Pemuda Umno bahawa DAP sekarang adalah rakan bersama dalam kerajaan.

“Kita tak puas hati. Itu bukan caranya.

“You gentleman. Panggil, bincang meja bulat dengan DAP.

“Kita kan partner dalam kerajaan. Kau jangan buat macam ini. Jaga sensitiviti. Tak payah berkelahi di luar.

“Sekarang DAP our partner… macam mana bertumbuk saja?”