Anwar jalani pemeriksaan berkala, ini tahap kesihatan PM

Kesihatan Perdana Menteri berada pada tahap memberangsangkan, sekali gus membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti dijadualkan.

Keputusan itu diperoleh selepas pemeriksaan kesihatan berkala dijalani Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital itu hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.

“Ia demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” kata Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid.

Untuk rekod, Anwar, 78, kali terakhir menjalani pemeriksaan kesihatan pada 21 Jun tahun lalu juga di hospital sama.

Ketika itu, beliau dilaporkan berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik dan mampu melaksanakan tugas rasmi seperti biasa.

BACA JUGA Bersedia bertanding PRU16, Titiwangsa antara kerusi berpotensi AMANAH jika…