196 pengundi awal di Kinabatangan, Lamag esok

Seramai 196 anggota polis akan menjadi pengundi awal dalam pilihan raya kecil parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag esok.

Pengundian akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah Kinabatangan.

PRK Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan calon bebas Goldam Hamid.

Di Lamag pula, pertandingan satu lawan satu di antara Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK terpaksa dibuat ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember.

PRK akan berlangsung pada 24 Jan.

BACA JUGA: Isu Dragon Temple Lane: AMANAH pertegas keutamaan penyelesaian manfaat langsung kepada rakyat