Sindiran tidak berasas, bukti politik kebencian penyokong pembangkang
Sikap penyokong pembangkang yang gemar memperlekeh setiap inisiatif kerajaan disifatkan sebagai punca politik negara terus mundur serta terperangkap dalam budaya kebencian dan fitnah.
Pemerhati isu semasa, Al Mumin Al Kanta berkata, kecenderungan itu jelas apabila apa sahaja langkah kerajaan, sama ada dasar besar mahupun bantuan kepada rakyat, dijadikan bahan cemuhan tanpa penilaian rasional.
Menurutnya, pelaksanaan subsidi bersasar yang bertujuan memastikan bantuan sampai kepada golongan benar-benar memerlukan turut menjadi sasaran kemarahan dan sindiran, meskipun ia adalah langkah pembaharuan fiskal yang bertanggungjawab.
“Antara ciri-ciri rakyat bodoh; apabila kerajaan buat subsidi bersasar, dia meroyan.
“Bagi iSara RM100, meroyan juga sebab pasaraya sesak dan tak boleh guna beli barang lain,” tempelaknya di media sosial.
Beliau turut menegur sikap melampau apabila program kemasyarakatan seperti gotong-royong yang dianjurkan wakil rakyat DAP pun diputar belit sehingga dituduh kononnya mengancam Islam, walaupun jelas ia bersifat kebajikan dan perpaduan.
Bahkan, katanya, bantuan pendidikan seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang memberi manfaat langsung kepada keluarga berpendapatan rendah juga tidak terlepas daripada sindiran, termasuk memperkecilkan jumlah peruntukan seolah-olah bantuan tersebut tidak bermakna.
“Diberi Bantuan Awal Persekolahan (BAP), siap menyindir kerajaan. Konon bantuan RM 150 juta,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan penyokong pembangkang yang tetap mengambil pula bantuan disalurkan tetapi dalam masa sama menyindir dan menghina kerajaan.
“Selagi ramai orang Malaysia yang bodoh berpolitik selagi itulah politik kita mundur dan dipenuhi dengan maki hamun serta fitnah. Dan lambat lagi negara ini nak maju,” tulisnya lagi.
BACA JUGA Kuil dipindah secara terancang, pendekatan matang kerajaan pelihara keharmonian agama