‘Yang tak menerima Bahasa Malaysia tak perlu tinggal di Malaysia’
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Iskandar telah menegaskan keperluan mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara dalam system pendidikan negara.
“Bahasa Malaysia mesti jadi bahasa utama kerana bahasa kebangsaan.
“Sebarang usul untuk mengiktiraf bahasa lain perlu mengiktiraf Bahasa Malaysia dahulu.
“Kalau tak terima Bahasa Malaysia, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah beliau.
Beliau bertitah demikian ketika istiadat pembukaan penggal kelima majlis parlimen kelima belas pagi ini.
Isu bahasa menjadi isu utama dalam pengiktirafan Sjil Peperiksaan Bersama (UEC).
BACA JUGA: Kembalilah kepada hasrat asal penubuhan Malaysia, titah Agong