Dulu ‘negeri ini orang nak ambik dah’, kini majlis pecah tanah ‘haram’ guna bahasa Melayu

Majlis pecah tanah dirasmikan pemimpin kerajaan negeri Kedah semalam dilihat menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Haim Hilman Abdullah, terpampang tulisan Cina dan bahasa Inggeris pada batu asas serta latar belakang pentas.

Rata-rata menyindir kerajaan negeri Pas ekoran penganjuran majlis anjuran Novolyte Technology Sdn. Bhd. di Kulim Hi-Tech Park itu yang dilihat mengabaikan bahasa kebangsaan negara ini.

“Dah tak meroyan dengan tulisan Cina dah ke Pas? Dulu bukan main deras menyalak pasal tulisan Cina ni.

“Hebat ooo… ada tulisan jawi di layar perasmian… Kedah la 100% Islam Melayu dah… kepala bapak hang.

Okay ke tulisan Cina ni? Tak bahaya bangsa Melayu?

“Orang lain buat semua salah, Pas saja buat semua betui,” demikian antara sindiran warganet pada hantaran Haim Hilman.

Malah, Haim Hilman dalam perkongsian ucapannya di hadapan pelabur China itu juga dilihat menggunakan bahasa Inggeris.

@haim_hilman

Satu lagi kejayaan negeri Kedah apabila telah berjayanya Majlis Pecah Tanah Novolyte Technology Sdn. Bhd. di Kulim Hi-Tech Park hari ini. Ini menandakan bermulanya satu lagi pelaburan strategik berteknologi tinggi di negeri Kedah. Novolyte merupakan pemain global dalam industri bahan bateri dan elektrolit, dengan sokongan kukuh Capchem Group serta memiliki operasi antarabangsa di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Projek ini melibatkan pembangunan kilang bahan elektronik di atas tanah seluas kira-kira 10.195 ekar di KHTP dengan jumlah pelaburan yang direkodkan berjumlah RM 264 Juta bagi fasa awal pembangunan fasiliti pembuatan syarikat di Kulim. Pelaburan ini akan mengukuhkan kedudukan Kedah dalam rantaian bekalan global industri bateri dan bahan kimia elektronik, malah selari dengan strategi negeri yang menumpukan kepada pembuatan bernilai tinggi, industri berintensif teknologi dan sektor masa hadapan. Kerajaan Negeri Kedah akan terus menyokong para pelabur melalui pendekatan pro-bisnes dan kemudahan “ease of doing business” demi memastikan projek ini berjalan lancar serta memberi limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan setiap pelaburan yang masuk ke Kedah bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi turut membawa pembangunan bakat, pemindahan teknologi dan kesejahteraan jangka panjang untuk rakyat negeri ini. InsyaAllah, kemasukan Novolyte ke Kedah menjadi satu lagi bukti bahawa negeri ini semakin diyakini sebagai hab industri berteknologi tinggi di peringkat serantau dan global.

♬ original sound – Haim Hilman – Haim Hilman

Untuk rekod, Novolyte Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Februari 2025 oleh syarikat berasal dari China, Capchem yang berteraskan bahan kimia elektronik dan bahan fungsional, khususnya elektrolit bateri untuk EV.

Susulan itu, netizen menyelar sikap pemimpin Pas berkenaan isu bahasa kebangsaan yang sebelum ini pernah membangkitkan isu penggunaan tulisan Cina semasa majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim pada 2023 menulis, “Projek ECRL ini di Malaysia, bukannya di China. Tapi tulisan Cina lebih besar dan di atas Bahasa Malaysia”.

Ketiadaan bahasa kebangsaan dalam majlis pecah tahah di Kulim Hi-Tech Park semalam turut mengingatkan warnaget dengan ucapan lantang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ungkapan “negeri ini orang nak ambik dah!” yang pernah diucapkan Sanusi turut digunakan kembali oleh orang ramai sebagai sindiran terhadap pendirian pemimpin Pas berhubung penggunaan bahasa Melayu.

@pemudapasnegerikedah

Seruan buat semua anak perantau Kedah. Mai balik mengundi ! Pertahankan kepimpinan MB Sanusi dan PN di Kedah.

♬ original sound – Pemuda PAS Kedah – DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

BACA JUGA Dah kenapa laman rasmi masjid ini jadi ‘page’ Pas?