Kejayaan ASEAN 2025 kerana masyarakat dunia percaya kepimpinan PM- Tok Mat

Penerimaan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendorong kejayaan Malaysia dalam mengendalikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dengan lancar.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kepimpinan Perdana Menteri telah memudahkan pasukan jemaah menteri menguruskan segala urusan logistik dan pengendalian sidang berkenaan.

Dalam Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 semalam, Mohamad berkata kejayaan Malaysia sekali gus telah mendapat perhatian dunia.

Beliau berkata, Malaysia bukan sekadar berjaya dalam penganjuran ASEAN, tetapi merekodkan puluhan dokumen keberhasilan penting sepanjang tempoh menjadi Pengerusi ASEAN. 

Kepercayaan masyarakat dunia terhadap Malaysia juga jelas apabila menjadikan negara ini dijadikan lokasi bagi menyelesaikan konflik serantau.

“Jadi, inilah kepercayaan masyarakat ASEAN terhadap Malaysia. Sehinggakan kedua-dua negara bersahabat, Thailand dan Kemboja bersengketa mengenai masalah sempadan, mereka datang ke Malaysia untuk menyelesaikan masalahnya,” katanya.

BACA JUGA Pemulihan sokongan Melayu perlu berteras pembaharuan bukan politik pengelompokan