Tak penuh troli tapi cukup…penerima bujang syukur RM50 STR banyak membantu
Bermula 16 Januari lalu, golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah pun menerima bantuan bulanan antara RM50 hingga RM100 mengikut kelayakan masing-masing.
Perkara itu mendapat respon positif dalam kalangan penerima bujang yang berkongsi rasa syukur dan pengalaman menggunakan bantuan itu, menggambarkan bagaimana bantuan kecil memberi makna dalam meneruskan kehidupan seharian.
@amsykrshauki berkongsi di platform Threads, bagaimana dia memanfaatkan RM50 STR bujang dengan membeli barangan keperluan asas seperti telur, spaghetti, minyak masak, kicap, sos tiram, mi segera, roti dan maggi cukup rasa.
“Dari STR bujang RM50. Inilah hasilnya. Tak penuh troli, tak juga mewah. Tapi cukup untuk seorang bujang yang belajar hidup sederhana. Kadang kita lupa, bukan banyaknya rezeki yang buat kita tenang, tapi rasa cukup dan syukur dengan apa yang ada,” kongsinya.
Perkongsian itu menarik banyak komen golongan bujang yang turut sama berkongsi bagaimana mereka memanfaatkan bantuan dari kerajaan.
“Saya dulu dapat STR RM150 untuk bujang tapi dapat dua kali je lah dalam setahun. Beruntung bujang sekarang dapat RM50 setiap bulan. Sekurang-kurangnya dapur berasap,” kata @frhx20.
“Alhamdulillah zaman saya bujang sejak 2009 sampai 2019 semuanya sendiri. Bahkan BRIM masa itu pun tak layak. Alhamdulillah anda bertuah sebab zaman sekarang banyak bantuan ya,” komen @cikmar_ahmad.
Tidak hanya itu, ada beberapa pihak yang menegur segelintir individu yang mengeluh kerana mendakwa bantuan semakin berkurang.
“Ini STR bujang sis, dinaikkan nilainya dari tahun lepas. Tahun ini dapat RM600 tapi dibahagikan setiap bulan dia orang bagi RM50 dekat kad pengenalan. Boleh guna sampai hujung tahun. Mak saya pun ibu tunggal tapi tiap tahun dapat My Kasih dan STR. Kena rain mohon. Setiap bulan dapat RM100. Kalau tak tahu mohon boleh pergi LHDN. Jangan terus nak salahkan kerajaan,” tegur pengguna Threads.
BACA JUGA Kejayaan ASEAN 2025 kerana masyarakat dunia percaya kepimpinan PM- Tok Mat