Da’i Syed jalani hukuman hari ini
Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, tewas akan menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan hari ini setelah Mahkamah Tinggi menolak rayuan untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman.
Mahkamah telah mengekalkan sabitan tersebut berhubung kes merogol wanita tujuh tahun dahulu.
“Keterangan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.
“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini,” kata hakim.
Syed menangis teresak-esak apabila dijatuhkan tersebut pada 30 Ogos 2024 di Mahkamah Sesyen.
Beliau telah mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dituduh pada 10 Disember 2020.
Syed didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun di sebuah bilik kondominium di I-City Seksyen 7 Shah Alam pada 1.35 pagi, 11 Sept 2019.
BACA JUGA: Tubuh Jawatankuasa Tindakan Khas tangani isu rumah ibadat tidak patuh undang-undang