‘Jangan overclaim’, ini pesanan Khairul Aming buat pencipta kandungan
Pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming menegaskan kejujuran dan etika merupakan asas utama untuk terus relevan dalam pasaran digital yang semakin tepu.
Menurutnya, perkara itu ditegaskan dalam sesi perkongsian bersama kira-kira 1,000 pencipta kandungan dan rakan afiliasi yang membincangkan cabaran membina kepercayaan orang ramai dalam ekosistem digital masa kini.
Khairul Aming berkata, pencipta kandungan perlu bersikap tulen dan bertanggungjawab, khususnya ketika mempromosikan sesuatu produk.
“Jangan mengiklankan produk yang kita tidak sukai. Jangan overclaim produk yang tak bagus.
“Orang akan tahu bila kita tak jujur,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Personaliti media sosial dengan nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu turut mengingatkan tentang keberkatan.
“Jaga keberkatan dalam setiap content dan jualan yang kita buat, the rest will follow,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat (AS) itu lagi.
BACA JUGA ‘Yeye’: Bekas kapten tempelak MP PN