BN kekalkan kerusi Kinabatangan, Lamag
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh telah mengumumkan bahawa BN telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di dalam pilihan raya kecil hari ini.
“Alhamdulillah Kinabatangan dan Lamag kekal BN. Terima kasih semua,” katanya menerusi Facebook.
Calon BN Naim Kurniawan Moktar berdepan Saddi Abdul Rahman dari Warisan dan calon Bebas, Goldam Hamid, di Kinabatangan, manakala calon BN Ismail Ayob bertembung dengan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan di Lamag.
Sebelum ini setiausaha agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN mendahuluidengan 9723 undi di Kinabatangan dan 2093 undi di Lamag.
Kedua-dua kerusi ini telah disandang oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin selama enam penggal sebelum meninggal dunia bulan lalu, seminggu selepas menang dalam PRN Sabah.
BACA JUGA: PRN Melaka: Dalam tempoh dua hingga 10 bulan