Penangguhan RUU PSB rupa-rupanya kerana ada 14 cadangan penambahbaikan
Keputusan untuk menangguhkan bacaan RUU Pembangunan Semula Bandar (PSB) telah dibuat berdasarkan 14 cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan semasa Konvensyen PSB pada 3 Oktober lalu.
Penangguhan perlu dibuat untuk memastikan RUU tersebut diperkukuhkan dengan mengambilkira pandangan pelbagai pemegang taruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.
Konvensyen tersebut dihadiri oleh pihak-pihak yang ingin mengukuhkan RUU tersebut sebelum ia dibentangkan semula.
Terdahulu setiausaha agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa Umno tidak menentang pembangunan semula bandar tetapi mahu RUU tersebut ditambah bauk.
Beliau turut mendedahkan 14 cadangan penambahbaikan tersebut telah dipersetujui oleh jawatankuasa khas di dalam Umno yang diketuai oleh naib presiden Tan Sri Johari Abdul Ghani.
BACA JUGA: RUU Pembangunan Semula Bandar ditarik balik