Peratus keluar mengundi di Kinabatangan, Lamag sekitar 20 peratus
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratus keluar mengundi di P 187 Kinabatangan ialah 23.31% setakat jam 10 pagi.
Ia bersamaan 11,256 orang daripada sejumlah 48,282 orang
Di Dun Lamag pula peratus keluar mengundi ialah 20.18 peratus.
Ia bersamaan 2,727 orang daripada 13,515 orang.
Kerusi Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Naim Kurniawan Moktar (BN), Saddi Abdul Rahman (Warisan dan Goldam Hamid (Bebas).
Di Lamag pula ia pertandingan satu lawan satu di antara Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK di kedua-dua kawasan ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin.
BACA JUGA: Bahtera Pas sedang tenggelam dengan dosa sendiri