Persidangan PAC Se-Malaysia jadi platform perkongsian amalan terbaik pengawasan kewangan

Foto Berita: Sidang media sempena Majlis Perasmian Persidangan PAC Se-Malaysia Tahun 2026 oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakya di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. 23hb Januari 2025 (Jumaat)

Persidangan yang menghimpunkan wakil-wakil PAC Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari seluruh negara itu menjadi platform penting untuk memperkukuh peranan pengawasan kewangan awam, meningkatkan ketelusan tadbir urus serta memperkasakan fungsi semak dan imbang dalam sistem demokrasi berparlimen.

Dalam ucapannya, Johari menegaskan bahawa PAC memainkan peranan kritikal sebagai benteng integriti Parlimen dalam memastikan setiap perbelanjaan wang rakyat dipantau secara telus, berakauntabiliti dan berhemah.
“PAC bukan sekadar jawatankuasa siasatan, tetapi merupakan instrumen utama Parlimen dalam memastikan prinsip akauntabiliti awam dipatuhi sepenuhnya oleh semua agensi dan kementerian,” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan untuk memperkukuh kerjasama antara PAC di peringkat Persekutuan dan negeri agar pendekatan pengauditan, pemantauan serta tindakan susulan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, persidangan seumpama ini membuka ruang perkongsian amalan terbaik, pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli PAC dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Persidangan PAC Se-Malaysia 2026 dijangka membincangkan pelbagai isu berkaitan tadbir urus kewangan awam, pemantauan projek pembangunan, pematuhan prosedur perolehan serta mekanisme penambahbaikan tindakan susulan terhadap laporan audit.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Mas Ermieyati memaklumkan, selepas lawatan itu PAC akan mengadakan satu lagi prosiding khusus berkaitan LCS, termasuk menyentuh isu teknikal projek berkenaan.

Sehingga Mei lalu, kemajuan keseluruhan pembinaan lima LCS dilaporkan mencapai lebih 72 peratus, dengan LCS pertama dijangka diserahkan tahun ini, manakala kapal seterusnya disiapkan secara berperingkat sehingga 2029.

“Ini menjadi lawatan PAC yang ketiga yang mana satu daripadanya Speaker Dewan Rakyat sendiri hadir. Kita mahu lihat perkembangannya sendiri kerana mungkin di atas kertas ia cantik, tetapi kita mahu juga turun ke lapangan dan lihat sendiri,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Jawatankuasa PAC Parlimen bersama-sama Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026.




