PRN Melaka: Dalam tempoh dua hingga 10 bulan
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan PRN Melaka diadakan dalam tempoh dua hingga 10 bulan.
Pimpinan Umno negeri tersebut akan berdepan cabaran mempertahankan prestasi cemerlang mereka setelah memenangi tiga perempat kerusi di dalam PRN yang lalu.
“Saya sering mengingatkan diri saya bahawa adalh sukar mencapai kejayaan, lebih sukar mempertahankan kejayaan.
“Saya telah mengingatkan rakan saya di Melaka bahawa menjadi tugas kita pertahankan kejayaan itu.
“Saya tidak mahu cabaran tersebut menjadi lebih besar daripada apa yang kita hadapi dahulu,” kata beliau dalam acara bersama penduduk DUN Telok Mas.
Di dalam PRN pada 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi.
Tempoh lima tahun DUN akan berakhir dalam bulan Disember.
Daripada sejumlah 21 kerusi, MCA dan MIC masing-masing memenangi satu kerusi.
BACA JUGA: Peratus keluar mengundi di Kinabatangan, Lamag sekitar 20 peratus