Buakaw vs Meng Gaofeng jadi tumpuan utama T-Fight All-Stars April ini

FOTO BERITA: Sidang Media oleh Mohd Affendi, Pengarah Kejohanan Mohd Khairul Hafiz Pengarah Teknikal Kejohonan dan atlet T-Fight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. 24hb Januari 2026 (Sabtu)

Perlawanan antara legenda Muay Thai dunia, Buakaw dari Thailand dan pencabar dari China, Meng Gaofeng, bakal menjadi tumpuan utama Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars 2026 yang dijadual berlangsung pada April ini.

Pertarungan yang diumumkan sempena sidang media pra-T-Fight di Stadium Titiwangsa itu mencuri perhatian peminat sukan tempur apabila menampilkan dua nama besar dari latar belakang berbeza di pentas yang sama. Kehadiran Buakaw ke Malaysia dilihat sebagai detik bersejarah, sekali gus mengangkat profil kejohanan ini ke tahap antarabangsa.

Meng Gaofeng, 28, bukan calang-calang pencabar. Atlet dari Beijing itu memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan termasuk sembilan kemenangan knockout (KO). Beliau juga pernah merangkul gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion serta IPCC China Champion, menjadikan pertemuan ini sebagai ujian sengit buat kedua-dua petarung.

Penganjur menyifatkan perlawanan ini sebagai ‘main event’ yang bakal menarik kehadiran peminat Muay Thai dari dalam dan luar negara, selain menjadi simbol kepada matlamat T-Fight All-Stars untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi penganjuran acara sukan tempur bertaraf dunia.

Kejohanan T-Fight All-Stars 2026 akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, menjanjikan aksi Muay Thai yang berkualiti tinggi kepada para penonton.

Dalam sidang media sempena Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars 2026 sebagai pengenalan awal kepada kejohanan bertaraf antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada April depan.

Program pra-T-Fight yang diadakan bertujuan memberi gambaran awal kepada peminat sukan tempur mengenai skala kejohanan, barisan atlet yang bakal beraksi serta komitmen penganjur dalam memperkasakan sukan Muay Thai ke tahap lebih tinggi di Malaysia.

Penganjuran T-Fight All-Stars 2026 dilihat bukan sahaja sebagai exco acara sukan, malah sebagai platform mempromosi Malaysia sebagai hab penganjuran acara sukan tempur bertaraf dunia, selain membuka ruang kepada atlet tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Senarai atlet yang bakal beraksi dalam kejohanan ini ialah Faris (Fight Lab, Kuala Lumpur), Naqie (Dragon, Malaysia), Azeem (PMKL, Malaysia),
Nazmie “Dancing Boy” (Malaysia),
Mat Ropi (Malaysia), Umar (Pendowo Limo Muaythai), Buakaw (Thailand)
Aiman (MTK, Sarawak), Chai Chomrong (Kemboja), Irman (Indonesia), Muganga Raymond (Uganda), Saat Shouti (Maghribi)
Daraek (Thailand) dan Meng Gaofeng (China)