Seleweng dana RM300 juta babit Tan Sri: SPRM sita rumah, tanah, kenderaan mewah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita sejumlah aset berjumlah RM9.7 juta membabitkan enam buah rumah, satu lot tanah bernilai RM1.8 juta dan dua buah kenderaan mewah bernilai RM1.35 juta.
Ia berkaitan kes penyelewengan dana pelaburan berjumlah RM300 juta membabitkan individu bergelar ‘Tan Sri’.
Menurut laporan media tempatan, sebanyak 14 akaun bank turut disita, namun nilai amaun masih dalam proses pengesahan bank.
Sehingga kini juga seramai 10 orang saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.
Dalam masa sama, SPRM masih giat mengesan saksi-saksi lain bagi membantu melengkapkan siasatan, kata Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan.
Siasatan SPRM setakat ini mendapati kes penyelewengan dana pelaburan dikendalikan seorang pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri itu membabitkan sekurang-kurangnya 1,700 mangsa.
Turut dikesan sejumlah hampir RM300 juta dikutip daripada pelabur 2021 hingga 2024.
BACA JUGA Negeri mana paling rendah? Ini perbandingan bonus penjawat awam setiap negeri