Darsa Fried Chicken di Puncak Alam pula ditutup?

Restoran makanan segera, Darsa Fried Chicken sekali lagi menjadi perhatian selepas cawangan restoran itu di Puncak Alam, iaitu cawangan yang terbesar dikatakan telah pun ditutup.

Penutupan itu menyusul selepas cawangan DFC di Bangi.

Ia menjadi perhatian selepas seorang pengguna Facebook, Muhammad Azmi memaklumkan tentang penutupan restoran berkenaan dan keadaan terkini restoran itu.

“Rasa ralat sangat bila lalu depan Darsa Fried Chicken Puncak Alam tadi (semalam). Rasa macam baru semalam tengok orang beratur tahu-tahu dah tutup. Tak sempat nak merasa semua menu lagi. 

“Sayang sebab kita memang nak support jenama tempatan tapi mungkin ada kekangan yang kita tak nampak,” kongsinya.

Pun begitu, basil carian di Google, status restoran berkenaan masih lagi beroperasi.

Terdapat juga notis bahawa ia ditutup sementara bermula 2 Januari lalu bagi proses pengubahsuaian.

BACA JUGA Sokong usaha PM, bekas cikgu tadika kongsi realiti ada murid mampu jawab soalan darjah 1