Syed Saddiq dan politik ketakutan: Mengapa dasar pendidikan progresif ditolak?
Oleh NORMAN RADZUAN
Jika mengikut kata pembangkang negara ini, apa sahaja dilakukan kerajaan pasti berpandangan negatif dgn menakut nakutkan rakyat.
Macam kes stokin hitam dulu, sekarang ada nampak anak-anak yang kuat mengkritik itu pakai kasut putih lagi?
Kita sebenarnya ada pilihan seperti nak solat Jamak atau tidak. Tuhan tak marah pun untuk kita memilih solat fardhu jika kita mahu lakukan dalam musafir.
Begitulah juga dengan persekolahan umur 6 tahun Darjah 1 ini, kita diberi pilihan, nak marah kenapa? Bukannya kerajaan kata wajib buat. Nak marah kalau kita kena paksa!
Anak saya umur 4 tahun sudah memasuki Tadika. Tapi nak masukkan darjah 1 usia 6 tahun tidak boleh sebab sekolah kerajaan menetapkan umur 7 tahun.
Setahu saya sekolah International School mengambil murid umur 6 tahun memasuki Darjah 1 ketika itu. Nak hantar beribu ringgit. Jadi, saya kata tiada keperluan kepada isteri.
Syed Saddiq dia nak tunjuk bijak sikit dengan menarik perhatian berucap dalam Parlimen dengan emosi. Dia mencari salah untuk memastikan ia tidak dapat dilaksanakan.
Ingat bagaimana Syed Saddiq kempen undi 18 dengan alasan negara-negara maju mula mengundi ketika umur 18 tahun.
Akhirnya, kita dapat budak-budak umur 18 untuk menentukan masa depan negara. Yang mana mereka ini tak tahu apa-apa tentang ekonomi atau politik, hanya melihat TikTok untuk memilih calon. Inilah keputusan kita dapat apabila calon ada ISO pun boleh menang.
Apabila berlaku pada dia (Syed Saddiq) ambil alasan guna kaedah negara maju tetapi apabila umur 6 tahun yang telah digunakan lebih 140 negara di dunia, dia nafikan.
Nampak tak orang politik tidak pernah jujur dengan ilmunya, nampak baik tapi ‘jahat’ dengan melahirkan ketakutan kepada orang ramai.
Ada pilihan
Tidak cukup dengan itu, Syed Saddiq kata ujian diagnostik seolah-olah membezakan antara kanak-kanak bijak dan lembab.
Kalau kamu kata membezakan, kenapa tidak cadangkan semua ibu bapa wajib hantar anak ke sekolah Darjah 1 umur 6 tahun? Kamu halang kemudian kamu kata hendak membeza-bezakan.
Buat adik Syed, pertama kerajaan dah kata ada pilihan nak hantar atau tidak. Tak mahu hantar tidak mengapa, jangan bising-bising.
Kedua, sejak zaman saya sekolah lagi kerajaan ada tetapkan kelas mengikut tahap pencapaian seseorang pelajar.
Sekolah tidak sebut lembab tetapi yang lemah. Kenapa diadakan kelas sebegitu? Supaya guru-guru boleh fokus kepada murid yang agak perlahan/lemah tahap pembelajarannya.

Ini kerana kita mahu kanak-kanak yang cerdas boleh diajar dengan suasana pembelajaran tahap yang lebih tinggi.
Jika di luar negara, kanak-kanak itu boleh kelas lompat atau kelas ekpres. Negara kita wujud tetapi tidak dihebahkan kerana jumlahnya kecil.
Masuk umur ke sekolah 7 tahun ini berdasarkan teori kognitif Jean Piaget yang digunakan sejak dulu lagi oleh dunia. Kognitif Jean Piaget dibangunkan untuk menjelaskan bagaimana kanak-kanak membina model mental.
Membaca teori kognitif Piaget memang menarik kerana kajiannya bermula dari usia bayi lagi. Beliau merangka teori ini berdasarkan pemerhatian terperinci terhadap kanak-kanak, termasuk anak anaknya sendiri.
Teorinya diguna pakai dunia dalam memulakan pembelajaran anak-anak ke sekolah di era itu. Tapi zaman sudah berubah. Anak-anak sekarang umur 5 tahun dah boleh membaca dan mengira.
Ada yang kata guna pendekatan Islam anak belajar solat umur 7 tahun. Salah tu, saya nak betulkan, umur 4 hingga 6 tahun disuruh belajar dan 7 tahun itu wajib solat.
Nak tanya bagi anak main gajet (main game) masa anak umur 4-5 tahun tak mahu pun ikut umur? Sebab apa tak bising? Sebab malas nak layan anak bising, jadi khayalkan dengan gajet.
Tanya saya tahun 2027 nanti pasti ada berlaku sedikit pemasalahan apabila mahu melaksanakan pembelajaran Darjah 1 umur 6 tahun.
Ia perkara biasa untuk sesuatu polisi baharu dimulakan. Tapi kalau kita mahu perubahan demi anak-anak, kita perlu bertolak ansur jika berlaku sedikit pemasalahan tersebut.
Macam kes isu isi minyak guna kad pengenalan beberapa bulan lalu. Bukan main bising kata menyusahkan dan sebagainya. Sekarang, ada kita dengar orang bising lagi pasal isi minyak? Tak ada.
Di Asia Tenggara ini, hanya Malaysia dan Indonesia sahaja yang kanak-kanak masuk Darjah 1 umur 7 tahun.
Negara maju di dunia sudah lama amalkan. Tak ada masalah kononnya anak masih menyusu atau duduk celah ketiak mak lagi.
Nak maju jengan dengar cakap orang politik. Mereka tidak mahu suatu polisi yang baik kerana bimbang ia akan jadi legasi kepada Menteri Pendidikan.
Hasil penelitian
Orang politik sebenarnya tahu dasar polisi baharu atau idea-idea tersebut adalah cadangan hasil penelitian yang rapi daripada pakar-pakar akademik. Ia mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan dipersetujui.
Bagi saya ia idea progresif dan proaktif. Akhirnya percayalah, selepas ini ramai yang mendesak supaya kerajaan jangan melakukan ujian diagnostik sebab mereka tidak mahu anak ketinggalan dan dapat jimat duit belanja anak di tadika yang menelan kos RM 400-500 sebulan.
Tanya saya peringkat awal 2027-2030 perlu diagnostik dahulu. Ia sebagai peringkat percubaan dan seterusnya kerajaan mempunyai 4 tahun daripada sekarang menyediakan prasarana yang lebih lengkap.
Bagaimanapun teruskan anak kita untuk belajar di usia 6 tahun kerana kita perlu segera membijakkan anak-anak kita.
Kita tidak anak kita mudah diperbodohkan politikus-politikus yang sentiasa membawa masyarakat Malaysia ke belakang hanya untuk kepentingan politik peribadi mereka.
Kamu tanya apa Fadhlina buat? Inilah yang dia lakukan tapi kalian kritik dia walaupun pakar-pakar akademik dunia telah lama melakukan pembelajaran usia 6 tahun.
Mereka telah lakukan dan tiada masalah pun. Jadi, apa yang kita nak kecoh sangat? Anak mereka manusia juga seperti anak kita.
BACA JUGA Ringgit cecah RM3.97 sedolar, paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun