Berapa nilai ringgit hari ini? Naik lagi ke jatuh?
Nilai ringgit terus menjadi tumpuan selepas ia pertama kalinya mencapai paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh tujuh tahun.
Pada 8 pagi ini, ringgit kekal kukuh pada 3.9650/9750 berbanding dolar AS daripada 3.9615/9670 ketika ditutup semalam.
Kali terakhir ringgit dilihat pada paras ini adalah pada Mei, 2018.
Menurut Bernama yang memetik Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ringgit dijangka terus meningkat hari ini berikutan dolar AS yang semakin lemah.
Sementara itu ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1201/1282 daripada 3.1242/1288.
Meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.6953/7343 daripada 12.7441/7679.
Tetapi sedikit menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 236.2/236.9 daripada 236.0/236.4 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.72/67.4 daripada 6.72/6.73 sebelumnya.