‘Bercinta dengan Presiden Pas ke?’
Respon bernada seloroh seorang pengguna platform sosial, Threads dilihat mengundang kemarahan pembangkang yang juga mesra digelar walaun.
Ini memandangkan sindiran dalam kata tanya itu menyebut tentang Presiden Pas.
Sebelum itu, seorang wanita menulis, “Bercinta dengan lelaki tua ni memang kita tanya lain, dia jawab lain ke?”
Namun, pengguna Threads, nikdanraja dalam ruangan komentar bertanyakan,”Bercinta dengan Presiden Pas ke?”

Dihujani dengan lebih 800 tanda suka dan lebih 40 balasan setakat ini, rata-rata mengaku terhibur dan tergelak membaca gurauan tersebut.
Namun, sebahagian pihak lagi dipercayai penyokong Pas mengecam seloroh itu termasuk menganggap telah menghina ulama.
“Teringat video orang tanya pasal cukai dia jawab pasal teksi.
“Rasa berdosa gelak.
“Kalau dia tak hina orang, orang takkan hina dia,” demikian antara komentar netizen.
Sementara itu, Nik Lee berpendapat, Presiden Pas jauh lebih ‘handal’ dalam bab menghina orang.
“Habis segala haiwan dia buat perumpamaan untuk menyindir musuh politiknya. Dah memang hakikatnya pun, dia memang selalu begitu (orang tanya lain, dia jawab lain).
“Maaflah, beliau dalam bab agama memang dia nelang, aku hormat. Aku beli buku-buku dia dan aku ikut juga kuliah agama dia terutamanya bab akidah.
“Tapi masuk bab politik ni, dia bukan contoh untuk aku sokong,” katanya lagi.
BACA JUGA Rupanya Mahathir nikmati air ini semasa ‘outing’ pertama sejak dirawat di IJN