PN terus buntu cari kata sepakat, mesyuarat Majlis Tertinggi batal
Perikatan Nasional (PN) dilihat terus dihantui kebuntuan dalam mencari kata sepakat apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi blok pembangkang itu yang dijadualkan pada 29 Januari ini dibatalkan.
Sebaliknya ketua empat parti komponen PN dilapor akan mengadakan pertemuan di kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dipetik BH, mengesahkan perkara berkenaan.
“Mesyuarat itu telah ditukar kepada mesyuarat pra-majlis di kediaman Muhyiddin,” katanya.
Mesyuarat tersebut sepatutnya berlangsung di ibu pejabat Gerakan di Cheras pada jam 8 malam, 29 Januari ini.
BACA JUGA Pas kini bercempera, siapa lebih besar, Presiden ke Mursyidul Am?