Selepas pegawai ATM, SPRM tahan 2 pegawai tertinggi JAS
Selepas menahan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kini telah menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Mereka berdua telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) setelah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya petang semalam.
“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” menurut sumber.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan penahanan tersebut dan menegaskan SPRM takkan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah.
Kes sedang disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
BACA JUGA: PM bertemu Panglima Tentera Darat baharu, tegaskan tentang amanah