Iran tidak mematikan raja sebaliknya, Tehran telah berjaya membekukan seluruh papan catur.
Iran tidak ‘mematikan raja’.
Sebaliknya, Tehran telah berjaya membekukan seluruh papan catur.
Iran tidak ‘mematikan raja’.
Sebaliknya, Tehran telah berjaya membekukan seluruh papan catur.
.

Penulisan disusun oleh Mohd Ezli Mashut : Sumber foto: X/FB
FOTO BERITA: Ketika tumpuan dunia terarah kepada pergerakan armada Amerika Syarikat di sekitar Teluk dan Laut Oman, satu perkembangan yang pada zahirnya kelihatan rutin pengumuman latihan ketenteraan bersama Iran, China dan Rusia dilihat oleh penganalisis sebagai langkah strategik yang mengubah keseluruhan dinamika konflik.

Amerika Syarikat pada awalnya dilaporkan merancang tindakan ketenteraan mengejut terhadap Iran sebelum ia ditangguhkan pada saat akhir. Susulan itu, Washington dikatakan mengatur semula strategi dengan menghimpunkan aset udara dan laut dalam pendekatan yang sering dikaitkan dengan doktrin “Shock and Awe”.

Namun, kemunculan China dan Rusia dalam ruang maritim yang sama melalui latihan bersama dengan Iran mengubah persekitaran strategik daripada konfrontasi dua hala kepada situasi yang melibatkan kuasa besar dunia.

Melihat perkembangan ini sebagai manifestasi peralihan struktur kuasa global daripada unipolar kepada multipolar, di mana kehadiran fizikal aset ketenteraan kuasa besar berfungsi sebagai pencegah strategik tanpa perlu berlakunya pertempuran.

Di Laut Oman yang kelihatan tenang, kehadiran kapal perang Amerika dikatakan memberi gambaran kesiapsiagaan ketenteraan yang tinggi. Namun, pengumuman latihan bersama Iran–China–Rusia pada waktu genting ini dilihat sebagai langkah taktikal berasaskan “politics of presence” — kehadiran yang mengunci ruang gerak tanpa perlu melepaskan tembakan.

Dalam konteks ini, sebarang tindakan ketenteraan unilateral oleh Amerika Syarikat tidak lagi dilihat sebagai isu dua hala, tetapi berpotensi mencetuskan implikasi geopolitik yang lebih luas.

‘International Power Shield’ dan ‘strategic tripwire’ Konsep yang digambarkan sebagai International Power Shield merujuk kepada keadaan di mana kehadiran aset ketenteraan negara lain mewujudkan risiko eskalasi besar sekiranya berlaku kesilapan kecil di medan operasi.

Kehadiran kapal pemusnah moden China dan Rusia dengan sistem pertahanan udara berlapis di kawasan sama memaksa sebarang perancangan ketenteraan Amerika mengambil kira bukan sahaja faktor taktikal, tetapi juga kesan politik global. Dalam istilah ketenteraan, situasi ini menyerupai konsep strategic tripwire di mana satu percikan kecil boleh mencetuskan konflik lebih besar. Dalam istilah ketenteraan, situasi ini menyerupai konsep strategic tripwire di mana satu percikan kecil boleh mencetuskan konflik lebih besar.

Tetingkap masa yang semakin tertutup
Analisis ini turut menyebut mengenai “tetingkap 48 jam” sebelum latihan bersama menjadi lebih bersepadu, yang didakwa meletakkan Washington dalam dilema antara bertindak segera dengan risiko eskalasi, atau menangguhkan tindakan dan berhadapan implikasi terhadap kredibiliti pencegahan. Sejarah ketenteraan menunjukkan bahawa apabila ruang masa strategik tertutup, kos untuk membukanya semula menjadi jauh lebih tinggi.

“Kamu Tidak Bersendirian” Bagi Iran, latihan ini adalah pengumuman politik yang lantang. Kehadiran China dan Rusia memberi isyarat jelas bahawa Tehran kini berada di bawah payung kepentingan strategik kuasa besar. Strategi maritim Iran juga dilihat beralih daripada pertahanan pesisir kepada forward deterrence di perairan strategik, diperkukuh dengan kehadiran sekutu.

Keputusan Iran membiarkan NOTAM Jask tamat tanpa lanjutan pada awalnya menimbulkan persoalan. Namun dari sudut perisikan, ia menggambarkan keyakinan Tehran bahawa ruang udara dan maritimnya bakal ‘diisi’ melalui latihan antarabangsa. Ia boleh difahami sebagai peralihan daripada
NOTAM penutupan dan NOTAM antarabangsa, tersirat satu bentuk strategic substitution yang lebih difahami perancang ketenteraan berbanding orang awam.

Dimensi Dron dan Peperangan Elektronik
Iran terkenal dengan taktik dron berkonsep swarm, manakala China dan Rusia mempunyai kelebihan dalam peperangan elektronik (EW). Gabungan ini mewujudkan zon A2/AD (Anti-Access/Area Denial) tidak formal yang menyukarkan operasi udara klasik AS. Dalam situasi ini, kelebihan kuantiti tidak lagi menjamin kelebihan operasi apabila medan menjadi terlalu kompleks.

Kesimpulan medan menunjukkan:
AS terperangkap dalam dilema strategik di mana kuasa ketenteraan tidak lagi menjamin kebebasan bertindak. Iran berjaya mengantarabangsakan krisis, menjadikan sebarang tindakan unilateral AS berisiko mencetuskan konflik lebih luas.

Seperti dihujahkan oleh pengkaji hubungan antarabangsa mutakhir, pencegahan moden bukan lagi tentang ancaman serangan, tetapi mewujudkan keadaan di mana serangan menjadi tidak rasional.

Checkmate di Masa Kecederaan
Sekiranya beberapa hari mendatang berlalu tanpa serangan, latihan bersama ini berfungsi sebagai forced truce. Washington mungkin terpaksa kembali ke meja rundingan bukan kerana kelemahan ketenteraan, tetapi kerana realiti geopolitik baharu.