Ini sebabnya Pas dianggap mudahkan kerja kerajaan MADANI

Kecelaruan Pas dalam landskap politik semasa dilihat telah memudahkan laluan UMNO serta kerajaan MADANI untuk mencapai kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpendapat Pas kini berada dalam keadaan terperangkap susulan kegagalan membuat penjenamaan semula serta menyatakan pendirian tegas hampir dua tahun lalu.

Ketika itu, katanya, landskap pembangkang masih belum tersusun dengan penyertaan parti lain seperti MIPP.

“Saya amat yakin Bersatu akan hangus pada PRU16.

“Pas pula akan kena teruk,” katanya menerusi YouTube yang mengulas hala tuju Perikatan Nasional (PN).

Raggie Jessy berpandangan Pas terpaksa akur dengan pengaruh Tan Sri Mahiaddin Yassin yang masih lagi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada sudut prosedur parti.

Jelasnya, ia termasuk dalam isu cadangan penubuhan Majlis Presiden PN oleh Bersatu, walaupun Pas memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam gabungan pembangkang itu.

Beliau turut menegaskan ketidakpuasan hati akar umbi dan penyokong tegar Pas semakin ketara, sekali gus melemahkan kekuatan dalaman parti tersebut.

Situasi itu, kata Raggie, diburukkan lagi dengan kehilangan sokongan di Perlis yang sebelum ini dianggap sebagai kubu penting Pas.

“Pas sekarang sudah terjerat tanpa melakukan penjenamaan semula ketika PRU16 semakin hampir.

“Dia (Pas) pandang kiri, dia kena. Dia pandang kanan, dia kena,” kata Raggie.

Dalam masa sama, beliau menjangkakan Bersatu juga akan menerima kesan besar pada pilihan raya akan datang.

Namun, katanya, tindakan dan strategi Pas secara keseluruhan telah memudahkan laluan UMNO serta kerajaan MADANI untuk mengukuhkan kedudukan.

Pas telah memudahkan kerja UMNO dan juga kerajaan MADANI untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU akan datang.

“Pas jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri,” kata Raggie lagi.

BACA JUGA Gantung sepenggal ‘terlalu lunak’, Cikgu Din gesa Wan Ahmad Fayhsal dipecat