‘Hamzah dan dia sendiri perlu berundur’

Ketua penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata pemimpin yang sepatutnya berundur dari kepimpinan Bersatu ialah timbalan presiden Datuk Hamzah Zainudin bukannya presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Tun Faisal mahu ahli MPt yang membuat gesaan untuk pengunduran Mahiaddin – Yunus Nurdin berundur.

“Dari minta Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur, lebih baik Yunus minta Timbalan Presiden yang berundur di atas kegagalan-kegagalan melaksanakan tugas dan peranannya sebelum ini seperti sebagai Pengarah Pilihanraya Sabah dan kegagalan mengawal tindak tanduk penyokongnya yang berulang kali melanggar perlembagaan dan disiplin parti sejak tahun 2025 lagi

“Yunus juga boleh mencadangkan agar dirinya juga berundur kerana sebagai Setiausaha Negeri bagi Badan Pimpinan Negeri Sabah, dia juga adalah sebahagian daripada kegagalan perancangan PRU DU Sabah.

“Sebagai Ahli MPT tidak sewajarnya dia tidak faham mengenai kuasa eksekutif Presiden BERSATU untuk berunding dan status hasil perbincangan bersama Presiden Pas adalah berbentuk rundingan dan cadangan.

Bersatu gagal memenangi sebarang kerusi di dalam PRN Sabah.

Pagi ini Yunus menyalahkan Mahiaddin di atas prestasi buruk Bersatu di Sabah.

Beliau turut menyalahkan Mahiaddin sebagai punca keretakan hubungan Bersatu – Pas.

BACA JUGA: Gesaan agar presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur daripada jawatannya bergema lagi