MP Pas tukar nama program Jualan Rahmah kepada “Jualan Prihatin Rakyat”?

Seorang Ahli Parlimen Pas didakwa cuba mengambil kredit dari program Jualan Rahmah dengan menggantikannya kepada Jualan Prihatin Rakyat.

Perbuatan itu dikesan pengguna media sosial selepas wakil rakyat berkenaan berkongsi poster program jualan murah itu di Parlimen Kapar.

Ahli Parlimen Kapar ialah Dr Halimah Ali.

Poster itu tertera logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Pengguna mengesyaki wakil rakyat Pas itu menukar program anjuran kerajaan seolah-olah ia program inisiatif sendiri.

Pada program tersebut turut digantung kain rentang besar yang tertera Jualan Prihatin Rakyat.

Tetapi dalam foto yang dikongsikan wakil rakyat tersebut, pengguna mengesan beberapa tanda harga bersaiz A4 di atas meja yang jelas tertera Jualan Rahmah.

Ia menimbulkan persoalan terhadap tindakan MP Pas itu yang dilihat cuba mengambil kredit secara salah.

Difahamkan, poster Jualan Prihatin Rakyat yang dimuat naik telah pun dipadam. Tetapi gambar-gambar sekitar jualan berlangsung masih lagi ada.

BACA JUGA Azam Baki perjelas ke mana perginya RM8.5 bilion hasil rampasan rasuah