Berpuluh tahun elok kerja di negeri DAP tapi balik… : Sikap pengundi Kelantan dipersoal

Seorang pengunjung di Kelantan meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan infrastruktur dan suasana di negeri itu ketika bercuti di negeri tersebut.

Pengguna media sosial Threads, nramnshh_ turut membandingkan Kelantan dengan Terengganu yang disifatkan lebih baik dari segi pembangunan.

Menerusi catatannya, dia mendakwa pengalaman hari pertamanya di Kelantan amat mengecewakan, termasuk isu bekalan air paip yang disifatkan keruh dan berwarna seperti “teh tarik”.

Sementara itu, katanya, suasana bandar Kota Bharu pada waktu malam menurutnya tidak jauh bezanya dengan sebuah pekan kecil.

“Malam di Kota Bharu dah macam pekan Sungai Siput dah. Pekan Koboi,” katanya yang dilihat menarik perhatian warganet di media sosial.

Dalam masa sama, dia turut mempersoalkan sikap sebahagian rakyat Kelantan yang bekerja dan menetap di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor, namun tetap pulang ke kampung halaman semata-mata untuk mengundi Pas pada setiap pilihan raya.

Sehubungan itu, dia mempersoalkan sama ada pengundi benar-benar menilai prestasi pentadbiran negeri atau sekadar setia kepada parti tertentu tanpa mengambil kira keadaan sebenar di sekeliling mereka.

“Waktu pilihan raya korang balik undi Pas. Lepas tu kata parti lain tak betullah fitnah kuat la makan wang haram la.

“Tapi korang yang kerja dekat negeri orang korang buta dengan keadaan sekeliling?” tempelaknya.

Tambahnya, berbanding dengan Terengganu, dia menyatakan negeri itu jauh lebih baik berbanding Kelantan, sekali gus membuatkan beliau berasa menyesal memilih Kelantan sebagai destinasi percutian.

“Saya rasa menyesal pergi Kelantan sebab vibe dia lebih kurang Felda Lasah je. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan negeri kelantan.

“Ya, rakyat kelantan banyak jutawan tapi balik undi Pas. Demo ni nok Isley atau pembanguney? Natey mu kalau mandi pun air karat,” katanya dengan nada sinis.

Sementara itu, seorang pengguna Threads lain turut mempersoalkan sikap segelintir pengundi Kelantan yang masih terus menyokong Pas atas alasan bimbang Islam terancam, walaupun telah lama menetap dan bekerja di negeri yang ditadbir parti lain termasuk DAP.

“Duduk negeri DAP berpuluh tahun molek molek. Tiba nak mengundi negeri sendiri takut nak pangkah parti selain Pas pasalnya takut Islam terancam.

“Tapi berpuluh tahun kerja sampai pencen di negeri DAP molek molek masih Islam,” tegasnya lagi.

BACA JUGA Penjelasan isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia hari ini perbetul kekeliruan