Janji selesai masalah air Kelantan dianjak lagi, dari 2028 lajak ke tahun 2050

Oleh AMAN MUHAMMAD

Pada perkiraan saya, ini sudah masuk kali kelima Pas mengubah-ubah janji nak selesai masalah air Kelantan.

Sudah jadi macam ritual wajib bagi Pas Kelantan pula, sama macam janji nak bina KB Sentral yang tarikh siapnya diubah-ubah setiap satu hingga dua tahun.

Walhal, hakikatnya projek itu tidak pernah langsung dimulakam proses pembinaannya!

Untuk janji selesai masalah air ini, kali pertama Pas janji dalam PRU2018, memang disebut dalam manifesto Pas akan selesai masalah air menjelang 2021. Ini memang disebut jelas dalam manifesto Pas Kelantan.

Namun, selepas Pas jadi kerajaan khianat pada tahun 2020, Pas diberikan jawatan Menteri Air, maka sepatutnya dengan kuasa Menteri itu Kelantan dapat capai target tahun 2021, tetapi apa Menteri Air Pas itu buat?

Menteri Air Pas dia ubah janji selesai tu kepada tahun 2023 pula, ingatkan makin cepat rupa-rupanya makin dilambatkan pula.

Pada masa itu, Menteri Air Pas siap kata lagi, bahawa masalah air Kelantan bukan masalah tiada peruntukan, tetapi masalah pengurusan AKSB yang sangat lemah itu sendiri.

Ubah lagi janji

Selepas Allah menjatuhkan kerajaan PN yang jahat dan menaikkan kerajaan MADANI menjadi kerajaan Islam Malaysia, sekali lagi Pas ubah janji selesai masalah air Kelantan, iaitu pada tahun 2030 pula.

Janji 2030 ini dibuat semasa dekat PRN Kelantan 2023, dan malangnya majoriti rakyat Kelantan masih undi Pas walaupun sudah ditipu oleh Pas nak selesai tahun 2021 sebelum ini.

Pada 2024, exco Pas yang baharu, keluar kenyataan ubah janji lagi, akan selesai masalah air Kelantan menjelang 2028 pula.

Janji exco Pas ini dibuat selepas kerajaan MADANI menyalurkan peruntukan terus kepada kerajaan negeri, daripada peruntukan RM1.1 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Walaun jangan fitnah Madani sekat peruntukan pula.

Exco Pas masa itu dengan yakinnya berkata, 54 LRA akan siap menjelang 2028.

Masih terdapat kawasan di Kelantan mengalami masalah bekalan air bersih walaupun Pas sudah lebih 30 tahun menguasai kerajaan negeri.

Keyakinan exco itu datang selepas dapat peruntukan dari Madani, itu yang berani dan yakin umum selesai 2028.

Namun, entah kenapa tiba-tiba, semalam Exco Pas yang sama, telah ubah janji sekali lagi, kali ini nak selrsai sampai 2050.

2050?! 25 tahun lagi baru nak selesai? Empat hingga lima kali pilihan raya lagi baru nak selesai masalah air Kelantan?

Ini memang jelas masalah Pas tidak tahu mentadbir dan urus masalah air. Sudah 30 tahun memerintah masih tidak selesai dan kena tambah lagi 25 tahun baru nak selesai?

Lepas itu kena kekalkan Pas lagi di Kelantan untuk 25 tahun lagi?

Wahai rakyat Kelantan, buatlah perubahan. Tukarlah kerajaan negeri. Berilah peluang kepada parti lain jadi kerajaan.

Pas sudah terbukti gagal dan dan terus gagal mentadbir Kelantan dengan pelbagai alasan dan hanya tahu menyalahkan orang lain.

Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib Kelantan, selagi mana rakyat Kelantan tidak mahu ubah nasib Kelantan tu sendiri.

Seandainya rakyat Kelantan masih mahu undi Pas, maka demi Allah sampai kiamatlah tidak akan selesai masalah air di Kelantan, akan diubah-ubah janji itu setiap kali nak sampai tempoh.

Berubahlah rakyat Kelantan. Buatlah perubahan. Berubahlah daripada tidak baik kepada yang lebih baik.

BACA JUGA Berpuluh tahun elok kerja di negeri DAP tapi balik… : Sikap pengundi Kelantan dipersoal