Pembangkang ‘koyak’ ditegur PM

Pembangkang dilihat ‘koyak’ apabila Perdana Menteri menegur Ahli Parlimen blok itu yang membuat kenyataan biadab dan menghina berkaitan isu jajaran sempadan Malaysia–Indonesia.

Ekoran itu, persidangan di Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bangkit bertempik melahirkan rasa tidak puas hati.

Dalam Sesi Penerangan Khas Parlimen dalam isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tuduhan pembangkang bahawa beliau mengkhianati negara dalam isu sempadan dan dakwaan seperti itu perlu diperbetulkan.

Anwar turut meminta wakil pembangkang supaya mengemukakan soalan sekiranya tidak tahu mengenai isu berkenaan dan bukannya memaki hamun.

“Saya harap rakan Ahli Parlimen, yang ada itu menghina, kenyataan biadab… apa tidak betul? Termasuk Pendang…

“Kalau tidak tahu, tanya, jangan maki hamun,” tegas Perdana Menteri.

Kekecohan di Dewan Rakyat bermula apabila Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) menyebut tentang Peraturan Dewan 36 (12) kerana mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu tidak berparlimen.

Susulan itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain turut bangkit mempertikai kenyataan Perdana Menteri.

Mereka termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut); Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).

Anwar kemudiannya dipertahankan oleh Chong Zhemin (PH-Kampir) dengan menjelaskan bahawa laporan berhubung isu sempadan itu adalah palsu dan telah meminta Awang menarik semula kenyataannya sebelum ini.

Dalam kekecohan pembangkang ketika itu, Perdana Menteri mempertahankan tindakannya.

“Saya kata ada kenyataan biadab dan ada kenyataan menuduh saya khianat pada negara ini yang kita kena betulkan,” tegas Anwar sekaligus meredakan seketika suhu persidangan.

Namun, suasana kembali hingar-bingar selepas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kemudiannya meminta mereka duduk dan memberi laluan kepada Perdana Menteri menghabiskan sesi penerangan.

Walau bagaimanapun, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) bertempik ‘penjilat, duduklah’ sebelum Johari menasihatkan mereka semua duduk.

Anwar akhirnya menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah bagi Ahli Parlimen pembangkang bertanyakan soalan, namun jangan sampai menuduhnya pengkhianat.

@jason.yew

“Kalau tak tahu, tanya. Jangan maki hamun.” – PM @Anwar Ibrahim jawab isu jajaran sempadan Malaysia–Indonesia. #parlimen #dewanrakyat #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #keadilanuntuksemua

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

BACA JUGA PM perjelas penentuan sempadan Malaysia-Indonesia