Penerangan PMX berhubung Jajaran Sempadan Malaysia – Indonesia dipermudahkan
OLEH Mudalib Othman
Jam 11.30 pagi tadi PMX telah buat Sesi Penerangan Khas di Parlimen berkenaan Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia.
Mari sini aku ringkaskan apa yang PMX sampaikan dan seperti biasa Datuk Seri, QR ada di ruangan komen:
- Apa sebenarnya isu ini?
Ada mangkok dakwa Malaysia serahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan untuk 3 kampung di Nunukan.
PMX jelaskan bahawa dakwaan mangkok ini adalah TIDAK BENAR.
- Kenapa kawasan itu jadi isu?
Sempadan Malaysia – Indonesia di Sabah sebenarnya berdasarkan perjanjian lama zaman British dan Belanda tahun 1891 dan 1915.
Dalam perjanjian itu, sempadan ditentukan ikut satu garisan latitud:
Utara 4°20’U = milik Sabah, Malaysia.
Selatan 4°20’U = milik Indonesia
Masalahnya adalah kedudukan sebenar muara Sungai Sinapad yang mana dulu dilukis ikut teknologi zaman itu. Bila ukur semula guna alat moden, kedudukan sungai tak sama macam dalam peta lama.
Jadi kawasan itu jadilah Outstanding Boundary Problem (OBP), bahasa lainnya, kawasan yang belum dimuktamadkan.
- Malaysia rugi atau untung dalam hal ini?
Kawasan yang dipertikaikan, keseluruhan di Sungai Sinapad–Sesai ialah 5,987 hektar
Keputusan yang dimuktamad ialah Malaysia dapat 780 hektar tambahan, balance dia, 5,207 hektar kekal di bawah Indonesia.
- Aduh. Kenapa kekal bawah Indonesia?
Sebab kawasan itu memang selama ini Indonesia yang urus pun. Bukan Malaysia.
Ia bukan tanah yang Malaysia pegang dan kemudian kita serah. Ia kawasan yang dari sejak awal lagi tak pernah disahkan secara rasmi sebagai milik kita.
Jadi ini bukannya hal beri tanah. Ini memuktamadkan kawasan yang memang belum pernah sah jadi milik Malaysia pun sebelum ini.
- Tiga kampung itu macam mana?
Kabulangalor, Lepaga dan Tetagas.
Sebahagian kawasan kampung ini masuk ke Malaysia.
Kalau kau ada dengar cerita kononnya Malaysia bayar pampasan tanah untuk 3 kampung ini, ketahuilah itu dusta semata-mata.
Tak ada jual beli. Tak ada bayaran pampasan.Tak ada tukar tanah. Zero.
- Kenapa baru sekarang kerajaan setuju untuk selesaikan hal ini?
Isu ini sudah berlarutan sejak 1977 lagi, dah lebih 47 tahun.
Kau bayangkan kau duduk rumah, tapi pagar rumah kau dan jiran tak jelas. Jiran pun tak pasti tang mana dia boleh parking kereta dia, itu yang dia parking cegampang sesuka hati.
Jadi, dari nak berlarutan 1000 tahun lagi, kerajaan kata, lebih baiklah ada garis sempadan yang semua negara setuju dan ia diiktiraf dunia. Kalau gaduh di masa hadapan tak adalah guna style ini kepala bapak kau, ini kepala bapak aku.
Akhir kata, isu kedaulatan negara bukanlah benda yang patut disensasikan dengan cerita yang kau dapat dari Fowarded Many Times dalam Group WhatsApp sekolah.
Lagi-lagi yang forward itu kawan kau yang Geografi dulu time PMR pun dapat E.
BACA JUGA: RM179 juta berjaya diselamatkan, Ops Tiris bukti Kerajaan MADANI perangi penyelewengan subsidi