Malaysia kini raja pelancongan kalahkan Thailand
Malaysia menewaskan Thailand sebagai raja pelancongan Asia Tenggara buat dua tahun berturut-turut apabila menerima jumlah pelancong lebih tinggi berbanding Thailand.
Setakat November tahun lalu, Malaysia menerima 38 juta pelancong meninggalkan negara jiran di belakang dengan jumlah pelancong 32.97 juta iaitu penurunan tujuh peratus.
Data Tourism Malaysia menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong ini menjadi petanda jelas pemulihan kukuh industri pelancongan tempatan, selain memperlihatkan pertumbuhan konsisten berbanding tahun sebelumnya.
Angka kemasukan yang melepasi sasaran bukanlaj sekadar statistik, sebaliknya mencerminkan keyakinan pelancong antarabangsa terhadap pengalaman pelancongan yang ditawarkan Malaysia.
Antara faktor Malaysia menerima jumlah ketibaan yang tinggi adalah kerana endekatan agresif kementerian dalam memudah cara perjalanan, memperluas jaringan penerbangan serta memperhebat promosi berfokus di pasaran utama seperti China, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan Asia Barat yang turut menyumbang kepada peningkatan tersebut.