Tergamak seleweng RM4.2 juta untuk Gaza, setiausaha NGO terkenal ditahan SPRM

Tergamak seorang lelaki berusia 40-an dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) terkenal menyeleweng dana awam hasil sumbangan orang ramai bagi misi kemanusiaan di Gaza.

Akibatnya, setiausaha NGO berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana mencecah kira-kira RM4.2 juta.

Suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Lapor BH, siasatan awal mendapati pemilik sebuah syarikat makanan berkenaan disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2022 hingga 2024.

Dia dipercayai meluluskan dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua syarikat lain bagi tujuan pelaburan.

“Siasatan mendapati dalam syarikat itu terdapat individu dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan,” lapor BH memetik sumber.

Kes membabitkan suspek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

BACA JUGA Yahooo, minggu depan masuk SARA RM100 lagi