KDN gesa orang awam tidak berhimpun sepanjang lawatan PM India
Orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteru India pada hari ini dan esok.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, pihak PDRM akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang.
Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, KDN melalui PDRM akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan tegas bagi menjamin keselamatan rakyat serta kestabilan negara.
“Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh serta saling menghormati antara kedua-dua negara.
“KDN melalui pasukan PDRM bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam,” ujarnya