MyAquaBest dilancarkan oleh LKIM di Johor, Josfa sahut cabaran ternak udang putih

Program MyAqua Best telah dilancarkan di Johor oleh LKIM dengan tema ‘Jualan Ikan Murah Untuk Rakyat – Dari Nelayan terus ke Dapur.

LKIM memainkan peranan mengawalselia dan memantapkan pemasaran ikan dan oleh itu pengeluaran hasil tangkapan marin dan akuakultur yang cukup boleh menjamin harga yang stabil.

Program ini menyaksikan 360 kg udang dijual dengan diskaun hamper 40 peritus iaitu pada Harga RM25 sekilogram.

Ia juga selaras dengan sasaran pengeluaran ikan dari sumber akuakultur sebanyak 40% menjelang 2030 oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Program MyAqua Best yang dilancarkan semalam ialah terhasil apabila Persatuan Nelayan Johor (Josfa) menyahut cabaran agenda 1P1P (1 persatuan 1 produk) LKIM.

Agenda 1P1P dilaksanakan agar persatuan nelayan boleh menjadi entiti perniagaan dan memacu ekonomi perikanan.

Josfa telah mengusahakan projek akuakultur di Kg Sg Danga, Johor Bharu, seluas 4 ekar dengan pembinaan 12 tangki yang menggunakan kaedah bioflok.

Projek ini menelan belanja sebanyak RM1.4 juta dan LKIM telah memberikan bantuan modal sebanyak RM500,000 tahun ini.

Josfa dijangka dapat menghasilkan 67 metrik tan udang putih setahun.