Pemuda penentu survival parti, Hasbie ingatkan nasib parti melayu yang terkubur

FOTO BERITA: Amanat Ketua Pemuda AMANAH YB Senator Mohd Hasbie Muda dan Ucap Utama Presiden Datuk Seri Mohamad Sabu di Dewan Theater Saloma, Kuala Lumpur. 7hb Februari 2026 (Sabtu)

Ketua Pemuda AMANAH, YB Senator Mohd Hasbie Muda menyampaikan amanat yang bersifat muhasabah, tegas dan berterus terang kepada barisan Pemuda parti dalam satu program khas di Dewan Teater Saloma hari ini, yang turut menampilkan Ucapan Khas Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu. Program yang diadakan di luar kebiasaan konvensyen tahunan itu disifatkan sebagai “gegaraan awal” oleh Hasbie bagi memberi isyarat jelas bahawa Pemuda AMANAH perlu segera bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Menurut beliau, program tersebut bukan sekadar himpunan biasa, sebaliknya menjadi titik mula kepada rangka gerak kerja berfasa termasuk pelancaran Akademi Tunas Negarawan yang bakal melatih 50 pelapis pemuda sebagai pemimpin masa depan parti, mengambil inspirasi daripada hasrat Allahyarham Timbalan Presiden sebelum ini. “Kalau kita buat program sekadar seronok dan balik tanpa tindakan, kita tak akan ke mana. Kita mesti berpijak pada realiti,” tegas beliau.

Realiti Sokongan Melayu dan Kemerosotan Prestasi Pilihan Raya
Dalam nada yang jarang didengar, Hasbie mendedahkan dapatan kajian dalaman yang menunjukkan sokongan pengundi Melayu terhadap AMANAH berada pada kadar antara satu hingga lima peratus sahaja, selain ketiadaan figura muda parti yang dilihat benar-benar menjuarai isu rakyat. Beliau turut membentangkan perbandingan prestasi pilihan raya sejak 2018 yang menunjukkan penyusutan ketara kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi AMANAH dalam PRU15 dan beberapa PRN, meskipun parti kini berada dalam kerajaan.

Statistik yang dibentangkan termasuk penyusutan majoriti di beberapa kerusi tradisi serta kehilangan beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi, disifatkan sebagai amaran keras kepada Pemuda dan parti. “Jangan kita rasa selesa kerana ada menteri dan timbalan menteri. Trend yang kita lihat menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Hasbie menegaskan bahawa masa depan dan kelangsungan AMANAH sangat bergantung kepada kekuatan Pemuda hari ini. Beliau mengingatkan agar AMANAH tidak mengulangi nasib beberapa parti Melayu terdahulu yang akhirnya terkubur akibat gagal membina pelapis dan gerak kerja akar umbi yang konsisten. Beliau mengingatkan agar AMANAH tidak mengulangi nasib beberapa parti Melayu terdahulu yang akhirnya terkubur akibat gagal membina pelapis dan gerak kerja akar umbi yang konsisten.

Beliau mengingatkan agar AMANAH tidak mengulangi nasib beberapa parti Melayu terdahulu yang akhirnya terkubur akibat gagal membina pelapis dan gerak kerja akar umbi yang konsisten. “Kalau Pemuda lemah, lima atau sepuluh tahun akan datang AMANAH mungkin sudah tidak wujud dalam arus perdana politik negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru budaya mendahulukan parti melebihi kepentingan peribadi, termasuk kesediaan mana-mana pemimpin Pemuda untuk berundur sekiranya tidak lagi mampu menggalas tanggungjawab. Dalam persediaan menuju PRU16, Hasbie menggesa Pemuda supaya tidak menunggu saat akhir untuk bekerja, sebaliknya memulakan gerak kerja awal termasuk pembentukan Pusat Daerah Mengundi (PDM), pengukuhan jentera, dan kehadiran aktif di media sosial.

Beliau turut menyasarkan supaya setiap negeri sekurang-kurangnya mempunyai seorang ADUN daripada kalangan Pemuda AMANAH pada pilihan raya akan datang. Mengakui kekangan kewangan Pemuda, Hasbie mencadangkan agar lantikan politik dan ahli majlis daripada kalangan AMANAH menyumbang sekurang-kurangnya sebulan gaji bagi mengisi dana jentera pilihan raya Pemuda.

Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan awal RM10,000 bagi gerak kerja Pemuda di Melaka dan Johor menjelang PRN di dua negeri tersebut. Selain soal survival parti, Hasbie menekankan keperluan Pemuda tampil ke hadapan menjuarai isu-isu semasa seperti nasib pekerja gig, pemandu e-hailing dan golongan muda yang terhimpit dengan kos sara hidup.

“Tak perlu tunggu arahan. Buat dahulu, kemudian baru bincang,” katanya sambil menggesa Pemuda memanfaatkan media sosial sebagai medan advokasi.