Tergamak 4 anak abai ayah hidap angin ahmar

Tergamak empat anak meninggalkan ayahnya yang diserang angin ahmar sendirian dan tidak terurus di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas di Kelantan.

Aktivis sosial dikenali sebagai Abbe Hae menyifatkan keadaan itu sebagai si Tanggang generasi baharu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Abbe memberitahu beliau dihubungi penduduk setempat berhubung keadaan warga emas yang dikenali sebagai Pak Din, 61, itu.

Sementara itu, lapor BH, perasaan Abbe remuk apabila melihat Pak Din hanya terbaring dalam keadaan dipenuhi dengan najis.

Lebih menyayat hati, katanya, warga emas berkenaan tinggal sendirian sejak dua tahun lalu.

“Selain itu, warga emas berkenaan banyak dibantu jiran atau penduduk kampung sama ada untuk dimandikan atau diberi makan dan minum.

“Saya difahamkan mangsa mempunyai anak, namun bekerja di luar Kelantan.

“Kami membawanya ke hospital untuk rawatan dan akan menempatkan dia di Rumah Orang Tua untuk penjagaan yang lebih rapi,” katanya, dipetik BH.

BACA JUGA Penyelesaian isu rumah ibadat bukan Islam ada pada negeri