Pertemuan di rumah Mahiaddin untuk pecat Hamzah?
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Badrolhisham Shafie meanfikan dakwaan bahawa pertemuan di kediaman presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah untuk membincangkan pemecatan timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata ia hanya majlis pertemuan santai yang telah dirancang sejak hujung tahun lalu yang ditunda.
“Tiada perbincangan atau dialog berkaitan pemecatan Hamzah. Mengarutlah untuk mengatakan mesyuarat diadakan untuk tujuan itu,” kata Badrolhisham, lapor NST.
Beliau berkata Mahiaddin bercakap kurang daripada 15 minit kepada 70 ahli MPT, ahli parlimen dan Adun.
“Mahiaddin hanya minta pemimpin bersatu dan pertahankan parti yang mewakili hasrat rakyat.
“Makan malam diadakan secara santai. Kita dihidangkan dengan durian dan acara termasuk tazkirah memandangkan ia acara Ramadan.
Setiausaha Bersatu Terengganu tersebut turut berkata kesemua mereka mencapai kata sepakat agat sebarang tindakan terhadap ahli mestilah menurut perlembagaan parti dan diuruskan oleh Lembaga Disiplin.
Hamzah dilaporkan akan berdepan Lembaga Disiplin pada hari Khamis untuk membantu siasatan berhubung gangguan semasa perhimpunan agung tahunan Bersatu 2025 dan dakwaan sabotaj.
BACA JUGA: Mahiaddin tunggang Lembaga Disiplin buru Hamzah