SARA: ‘Lepaslah belanja beli barangan untuk Ramadan nanti’
Rakyat dilihat meluahkan rasa syukur terhadap peluasan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membabitkan semua lapisan rakyat menjelang kedatangan Ramadan.
Rata-rata menyatakan penghargaan terhadap kerajaan MADANI yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 melalui MyKad.
Ramai menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai SARA termasuk pembabitan kedai runcit kecil dalam pelaksanaan program itu yang ditingkatkan kepada 10,000 menjelang hujung tahun ini.
Malah, ramai yang memaklumkan troli barangan keluarga mereka penuh apabila lebih daripada seorang ahli isi rumah menerima bantuan RM100.
Ada yang turut memberitahu sumbangan SARA diperolehnya bulan lalu belum digunakan lagi, sebaliknya disimpan untuk dibelanjakan bagi membeli barangan keperluan Ramadan.
Menurut pengguna pengguna TikTok, Hafizal@Ewok, memandangkan had bulan lepas masih berbaki termasuk bantuan tambahan dan peruntukan isterinya, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar RM400.
“Lepaslah belanja beli barangan untuk Ramadan nanti,” ujarnya.
Pemimpin prihatin
Dalam masa sama, warganet turut mengingatkan agar rakyat Malaysia sentiasa bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang prihatin terhadap rakyat tidak seperti Perikatan Nasional (PN) ketika menguasai kerajaan sebelum ini.
“Terima kasih PMX sebab di rumah ada empat orang yang layak… RM400 penuh troli (dengan barangan).
“Bersyukurlah kita mempunyai pemimpin yang prihatin terhadap rakyat. Terima kasih PMX.
“Yang betulnya PMX lakukan masa berkuasa bukan macam PN. Masa ada kuasa, batalkan UPSR, PT3.
“Syukur Alhamdulillah. PMX dengar juga rintihan rakyat.
“Diberi Alhamdulillah tapi tetap kena berkerja dan brusaha lebih untuk kehidupan yang labih selesa. Terima kasih PMX.
“Syukur, PMX amanah menjalankan tugas sebagai PM dengan cemerlang. Semoga kita sebagai rakyat berbakti kepada negara, selaras sebagai hamba Allah patuh dan beribadah kepada-Nya.
“Alhamdulillah, ya Allah aku bersyukur sangat.Terima kasih ya Allah, terima kasih PMX, syurga aku doakan untukmu PMX, memang pun setiap hari ada doaku untukmu,” demikian antara coretan orang ramai di media sosial.
BACA JUGA Ramasamy tuduh PM ghairah cari sokongan ‘masyarakat majoriti’, ramai tinggalkan emoji ketawa