Orang kaya Malaysia terus bertambah, 7,490 individu miliki kekayaan lebih RM40 juta

Malaysia merekodkan seramai 7,490 individu dengan kekayaan melebihi AS$10 juta (sekitar RM40 juta) pada tahun 2024, menurut Knight Frank Wealth Report 2025.

Laporan itu meletakkan Malaysia di belakang beberapa negara serantau iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura dari segi jumlah individu berpendapatan tinggi.

Knight Frank mengklasifikasikan kumpulan tersebut sebagai High Net-Worth Individual (HNWI) atau individu bernilai bersih tinggi.

Sementara itu, individu yang memiliki kekayaan melebihi AS$30 juta pula dikategorikan sebagai Ultra High Net-Worth Individuals (UHNWI).

Menurut statistik dalam laporan berkenaan, kekayaan golongan elit global ini mencatat peningkatan sebanyak 4.4 peratus pada tahun 2024.

Sebahagian besar pertumbuhan kekayaan tersebut didorong oleh prestasi pasaran Amerika Syarikat (AS), yang menyumbang kekayaan bernilai sekitar AS$5.7 trilion.

BACA JUGA Berapa lama tempoh bekalan air di Lembah Klang dijangka mencukupi?