Penantian 20 tahun pesawah di 3 jajahan di Kelantan berakhir juga…

Selepas hampir dua dekad berdepan masalah bekalan air tidak konsisten, penantian pesawah di tiga jajahan utama di Kelantan akhirnya berakhir.

Ini kerana projek pembinaan rumah pam bagi meningkatkan sistem pengairan sawah padi kini siap sepenuhnya.

Projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dengan peruntukan kerajaan Persekutuan itu memberi manfaat kepada para pesawah di Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih.

Selepas ini bekalan air lebih stabil, khususnya ketika musim kering.

Di platform Threads, pengguna mengatakan bahawa kejayaan pembinaan rumah pam ini adalah hadiah untuk para pesawah.

“Penantian hampir 20 tahun berakhir. Terima kasih PMX jasamu kepada pesawah sangat dihargai. Kemanisan untuk pesawah di tiga jajahan utama iaitu Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih,” tulis Nasrul.

Di ruangan komen, pengguna media sosial menzahirkan pelbagai reaksi, antaranya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan MADANI, meluahkan rasa syukur serta menghargai usaha berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesawah.

BACA JUGA Penangan SARA…nugget, sosej ‘licin’ sampai kosong peti sejuk