Hamzah dipecat
Timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat daripada Bersatu.
Hamzah juga ialah Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Larut.
Beliau kini berada di Australia.
Menurut notis pemecatan bertarikh hari ini yang ditandatangani oleh pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Radzi Manan, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta-merta.
Pemecatan dibuat kerana melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.
Setiausaha agung Bersatu Datuk Seri Azmin Ali turut mengesahkan pemecatan Hamzah.
Selain Datuk Seri Hamzah Zainudin, dua lagi ahli parlimen Bersatu turut dipecat.
Mereka ialah Fathul Huzir Ayob (Gerik) dan Azahari Hasan (Padang Rengas).
Kedua-dua mereka juga telah melanggar Fasal 9.1.4 – fasal sama yang digunakan untuk memecat Hamzah.
BACA JUGA: 16 MP Bersatu sokong desakan Kiandee, gesa Mahiaddin berundur Presiden Bersatu